Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Improving Schools Through Action Research: A Comprehensive Guide For Educators.
Penulis: Cher Hendricks
Tahun terbitan: 2006
Penerbit: Upper Saddle River, New Jersey, Columbus, Ohio.

BAB 1: RESEARCH METHODS IN EDUCATION
Dalam bab ini menyatakan pelbagai bentuk penyelidikan seperti kuantitaif, kualitatif dan kajian tindakan boleh digunakan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan berkenaan amalan pendidikan. Walaubagaimanapun, fokus dalam bab ini adalah mengenai kajian tindakan, iaitu satu kaedah yang boleh digunakan oleh pengamal untuk mengkaji dan meningkatkan amalan mereka.
Kajian tindakan diperkenalkan oleh Kurt Lewin sebagai satu proses untuk menyelidik isu di tempat kerja dan masalah sosial. Kajian tindakan asalnya sukar diterima sebagai kajian dalam pendidikan, namun kini ia digunakan sebagai cara untuk membuat kajian di dalam kelas dan dan sekolah untuk pemantapan sekolah. Kitaran proses mereflek – bertindak – penilaian dalam kajian tindakan dijelaskan. Terdapat faedah yang diperolehi melalui kajian tindakan dalam pendidikan antaranya meningkatkan profesion keguruan, menggalakkan kerjasama, dan memberi peluang kepada pengamal untuk menambah pengetahuan dalam bidang pendidikan.

BAB 2: GENERATING RESEARCH IDEAS THROUGH REFLECTION
Dalam bab ini menyatakan persoalan dalam bentuk reflektif digunakan dalam proses kajian tindakan. Terdapat beberapa jenis reflektif dan ianya boleh digunakan dalam kajian tindakan antaranya melalui pengalaman lepas, reflektif melalui jurnal dan perbualan dengan rakan setugas. Reflektif bertujuan untuk mencari focus dalam kajian yang akan dilakukan. Proses refleksi bukan sahaja boleh dilakukan dalam kajian tindakan, malah ia boleh dilakukan dalam amalan harian oleh pengamal pendidikan.

BAB 3: CONNECTING THEORY AND ACTION: REVIEWING THE LITERATURE
Bab ini menerangkan langkah-langkah untuk membuat kajian kepustakaan di mana ianya satu langkah yang amat penting dalam kajian tindakan yang membolehkan kita membuat perhubungan dengan apa yang kita perolehi daripada kajian lepas dengan apa yang akan dilakukan oeh pengkaji dalam kajian tindakannya kelak. Kajian kepustakaan boleh dilakukan dengan membuat carian dalam katalog di perpustakaan dan database dalam talian (online) untuk mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan kajian. Penilaian dan pemilihan sumber rujukan, membuat pengertian berkenaan topik dan subtopik daripada bahan rujukan perlu dilakukan. Seterusnya, penggabungan maklumat dari setiap sumber yang diperolehi dan penyusunan maklumat dilakukan untuk menjadikan penulisan adalah berkesan.

BAB 4: INITIAL PLANNING OF THE ACTION RESEARCH STUDY
Bab ini memberikan maklumat mengenai langkah-langkah dalam proses melakukan kajian tindakan yang berlaku semaca perancangan awal. Pengkaji perlu mencari perhubungan antara persoalan pertama dan kedua dalam kajian, memilih peserta yang terlibat dalam kajian tindakan, merancang intervensi yang akan digunakan dan menimbangkan cara bagaimana kajian dilakukan.
Perancangan awal dalam kajian tindakan

1) Proses dijelaskan melalui persoalan kajian yang memberi fokus kepada tindakan dan hasil (Penjelasan persoalan kajian)
• Menulis persoalan kajian utama berdasarkan kepada apa yang diperolehi dari kenyataan refleksi awal dan apa yang diperolehi dan dipelajari dari tinjauan literatur.

2) Menerangkan proses perancangan dan pelaksanaan intervensi yang akan digunakan. (Perancangan intervensi)
• Jelas intervensi yang akan digunakan dan berkaitan dengan kajian literatur. Perancangan perlu terperinci supaya guru-guru yang lain atau pentadbir boleh membaca perancangan tersebut dan dan digunakan dalam setting mereka. Adalah sangat penting untuk memasukkan intervensi dan tempoh intervensi.

3) Huraikan proses memilih peserta kajian dan penyertaan dalam kolaborasi. (Peserta yang terlibat)
• Siapa yang terlibat dalam kajian tindakan. Semua pelajar, sebuah kelas, satu kumpulan kecil pelajar, guru-guru, staf atau lain-lain. Ibu bapa juga boleh menjadi sebahagia n daripada sumber data. Perlu diingati pengkaji bukan hanya orang yang mengkaji dalam projeknya, tetapi juga merupakan peserta. Penetapan peserta kajian sangat penting agar dapat memastikan kajian ini lebih mudah untuk dikawal yang akan meningkatkan kebolehan untuk menguruskan kajian secara lebih berkesan.

4) Menyediakan aktiviti yang dipandu oleh seseorang melalui parancangan dan pelaksanaan bahagian kajian mereka (kolaborasi).
• Kemungkinan kolaborasi dengan individu di sekolah, mungkin juga rakan fakulti di universiti, atau pengajar dari lain-lain sekolah yang dirasakan boleh membantu dalam kajian.


BAB 5: STRATEGIES FOR COLLECTING DATA
Bab ini menyatakan kepentingan pemetaan sumber data untuk meningkatkan kredibiliti kajian tindakan.
• Data boleh dikumpulkan melalui 3 kategori iaitu:

1) Artifak (sesuatu yang dihasilkan oleh manusia)
Contoh artifak adalah seperti:
Student-generated ; teacher-made tests, ujian piawai, tugasan, penglibatan, projek, jurnal, penilaian kendiri dan peer review.
(Teknik ini boleh digunakan sekiranya kajian dijalankan dengan memfokuskan kepada pencapaian pelajar).

Teacher-generated; Rancangan pengajaran, jurnal guru, penilaian kendiri dan peer review.
(Teknik ini boleh digunakan oleh pentadbir yang memfokuskan kajian lebih kepada guru berbanding pelajar (contohnya menyelidik keberkesanan guru baru menguruskan program)).

Arkib (archived); Computer-generated reports, rekod sekolah dan dokumen.
(Teknik ini boleh digunakan jika ingin menggunakan rekod sekolah di dalam kajian. Pelbagai maklumat yang boleh diperolehi seperti laporan melalui komputer , kehadiran dan rekod disiplin atau skor ujian piawai yang mungkin sangat bernilai.


2) Data melalui pemerhatian (observational data)
Pemerhatian boleh membantu dalam menentukan mengapa sesuatu intervensi itu berjaya atau gagal dan bagaimana ianya mendatangkan kesan kepada kajian yang dijalankan. Contohnya seperti rakaman pemerhatian, log, senarai semak, catatan di kertas, videotape, photograf, audiotape, carta organisasi dan skala tingkahlaku. Penyelidik perlu menentukan cara terbaik untuk menggunakan pemerhatian dalam kajian tindakan. Mereka perlu pertimbangkan bagaimana data melalui pemerhatian akan digunakan dalam kajian tindakan, apa yang diinginkan melalui pemerhatian, siapa yang ingin diperhatikan dan apa peranan yang perlu dimainkan ketika pemerhatian.

3) Data inkuiri
Data inkuiri digunakan untuk mengumpul maklumat dari peserta tentang pengetahuan mereka, nilai, kepercayaan, pengalaman lepas, perasaan, pendapat, sikap dan persepsi. Dalam kajian tindakan, penyelidik juga peserta dalam membuat persepsi mengenai keberkesanan intervensi, cara intervensi boleh ditingkatkan dan juga maklum balas positif dan negatif dari intervensi. Contoh data inkuiri adalah seperti temubual, kumpulan fokus, persidangan, tinjauan atau soal selidik dan skala sikap.

BAB 6: FINAL PLANNING BEFORE IMPLEMENTATION OF THE STUDY
Dalam bab ini memerihalkan tentang etika semasa penyelidik melakukan kajian tindakan.

i. Penyelidik memerlukan kebenaran untuk menjalankan kajian tindakan sekiranya data yang dikumpul melibatkan peserta (manusia) yang akan disebarkan hasil kajian tersebut secara meluas.

ii. Sekiranya penyelidikan kajian tindakan dijalankan di sekolah atau sekolah dalam daerah (bukan kolej atau universiti) langkah pertama ialah dengan menghubungi pejabat dan bertanya berkaitan dengan proses untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian. Perlu sediakan kertas kerja.

iii. Semua peserta mesti bersetuju untuk dicatatkan sebagai sebahagian daripada kajian. Jika kajian termasuk juga individu yang berumur kurang 18 tahun memerlukan kebenaran daripada ibu bapa

BAB 7: STRATEGIES FOR DATA ANALYSIS
Dalam bab ini, penekanan terhadap teknik analisis data diutarakan. Antara teknik analisis data yang dibincangkan ialah:

i. Interim data analysis (analisis data sementara)
Satu proses menganalisis data secara tidak formal. Semua data yang diperlukan dilihat dan difikirkan dengan teliti seterusnya membuat penukaran atau penambahan terhadap strategi jika dirasakan perlu.

ii. Menggunakan ‘packages software’ untuk menganalisis jumlah data yang besar
Analisis statistik dalam bentuk data quantitatif, SPSS, SAS, Minitab dan Excel boleh digunakan untuk melihat perbezaan statistik dan hubungan antara data. Sekiranya ingin menganalisis data qualitatif yang mempunyai jumlah yang besar antara contoh software yang boleh digunakan seperti Nvivo, QSR N6 (formerly NUD*IST) dan ATLAS.

iii. Analisis data quantitatif: Reporting, comparing & Displaying
Data quantitatif dihasilkan melalui skor ujian, rubric-scored work (penulisan tugasan, prestasi yang ditunjukkan, projek), closes-ended self-assessment items, laporan melalui komputer, rekod sekolah, senarai semak, kertas catatan (tally sheets), skala tingkah laku, skala sikap dan closed-ended survey items. Langkah untuk menganalisis data kuantitatif yang terdiri daripada laporan, perbandingan dan data yang dipamerkan. Langkah pertama dalam proses analisis ialah dengan melihat pelbagai sumber data dan tentukan yang mana boleh dianalisis secara kuantitatif. Kemudian ikut garis panduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh setiap jenis data yang digunakan. Dalam analisis ini data dicadangkan untuk dilaporkan dalam bentuk gambar rajah.

iv. Analisis data qualitatif : Looking for themes dan patterns (Melihat kepada tema dan corak)
Analisis data quantitatif adalah satu proses membuat atau memberikan makna dari sumber data yang boleh menerangkan/menjelaskan dalam bentuk nombor (interpreted in a number of ways). Sumber data qualitatif adalah seperti nota lapangan, logs, temubual, kumpulan fokus, persidangan, dokumen, jurnal dan open-ended items from survey, scales, penaksiran-kendiri dan peer reviews yang hanya boleh diterangkan dan digunakan untuk menjawab persoalan kajian selepas diperjelaskan. Proses ini memerlukan analisis data yang mendalam berbanding proses yang digunakan untuk menerangkan sumber data quantitatif. Shank’s menerangkan tema ini muncul adalah berkait rapat dengan apa yang berlaku sebenarnya dalam proses analisis: Tema tidak muncul secara jelas dari data. Selepas bekerja kuat dan berfikir secara kreatif maka akan wujud kesedaran dalam pemikiran pengkaji yang di sana adalah corak untuk melihat data dari pelbagai aspek.

v. Triangulating data sources and drawing conclusions from data (Sumber data triangulasi)
Teknik ini melibatkan analisis data daripada sumber atau responden yang berlainan. Analisis perbezaan tanggapan atau persepsi dari beberapa pihak yang biasanya melebihi tiga pihak adalah amat penting kerana responden yang berlainan melihat dan memberi tafsiran yang berlainan terhadap sesuatu perkara ataupun kejadian yang berlaku.


BAB 8: WRITING AND DISSEMINATING THE ACTION RESEARCH REPORT
Dalam bab ini memerihalkan bagaimana cara penulisan laporan kajian tindakan dilakukan. Dalam penulisan laporan kajian tindakan, format laporan dan isi kandungan amat ditekankan. Dapatan dalam kajian perlu disebarkan, untuk itu, penulisan laporan dapatan kajian tindakan amat lah penting.

PENILAIAN BUKU SECARA KESELURUHAN
Buku ini telah memberi penjelasan secara umum berkaitan dengan kajian dan kajian tindakan serta apa yang membezakan kajian tindakan dengan kajian-kajian yang lain. Secara keseluruhan buku ini dapat menerangkan dengan terperinci mengenai perjalanan kajian tindakan yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin mengaplikasikannya lebih-lebih lagi sebagai seorang guru. Namun pada peringkat awal, buku ini tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan dengan model dan hanya menyarankan proses yang perlu dilalui dalam kajian tindakan yang mungkin juga berasaskan model-model yang disebutkan secara umum. Walaupun demikian, untuk proses-proses yang seterusnya terutamanya yang berkaitan dengan pengumpulan data, penganalisisan data telah diterangkan dengan terperinci. Hanya maklumat utama dicatatkan dalam tugasan ini berdasarkan apa yang difahami.

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9: Matlamat Kajian Tindakan

Objektif:
  • Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan
  • Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan.

Persoalan:

  • Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan?
  • Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?

AKTIVITI 8: Cara Mengatasi Kelemahan Pengajaran Sains dan Perdagangan

SAINS
  • Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan, perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.
  • Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah-istilah sains
  • Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik melalui aktiviti “hands-on”.
  • Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.

AKTIVITI 7: Kelemahan Pengajaran Sains dan Perdagangan

SAINS
  • Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran.
  • Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut adalah sukar.
  • Pelajar sukar memahami teori.
  • Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji.
  • Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
  • Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.
PERDAGANGAN
  • topik pengajaran banyak melibatkan fakta
  • guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian
  • pelajar sukar untuk mengingat fakta
  • sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 6: Kekuatan Pengajaran Sains dan Perdagangan

SAINS
  • Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian.
  • Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
  • Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar.
  • Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar.
  • Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P.
  • Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam kehidupan.
PERDAGANGAN
  • guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik
  • guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan bantu mengajar
  • kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan yang berjaya)
  • pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan
  • pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian

Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI 5: Mengapa Guru Perlu Melakukan Kajian Tindakan

Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

1. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan, mengambil tindakan yang wajar dan memantau kesannya. Ini memberi peluang guru menjadi agen perubahan.

2. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional mereka. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri guru sebagai kumpulan profesional dan dengan itu membaiki prestasi dan kepuasan kerja.

3. Mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru mempunyai peluang untuk membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.

4. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

5. Mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.

6. Merupakan profesinal pendidik kerana kajian tindakan meletakkan pendidik bertanggungjawab meningkatkan amalan dan pembangunan profesianal pendidik.

7. Menggalakkan pendidik untuk berkerjasama secara berterusan.

8. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

AKTIVITI 4: Tajuk Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan yang dipilih oleh kumpulan kami adalah :

Merangsang Daya Ingatan Pelajar Mengingati Isi Pengajaran melalui Aktiviti Puzzle.

Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik dan mengingati fakta atau istilah penting yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.

Ahli Kumpulan:
Suhaimila binti Sudar (P52053)
Mohd Fadzli bin Samsudin (P52024)
Masriah binti Ismail (P52020)