APA YANG DIMAKSUDKAN KAJIAN TINDAKAN?
- Kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri yang mana melalui kajian tindakan, penkaji akan menyelidik serta menilai kerja/kajian/amalan mereka. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain walaupun kajian-kajian tersebut juga berbentuk kualitatif. Kajian tindakan melibatkan pengkaji berada di dalam situasi kajian.
- Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan selepas pemerhatian bagi mengenal pasti satu masalah dalam kerja individu atau persekitaran sekolah untuk penambahbaikan amalan dalam pendidikan.
- kajian dilakukan untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan peyelidikan yang dilakukan.
- Ianya dijalankan oleh guru-guru, pentadbir sekolah dan kakitangan sokongan untuk memudahkan perubahan melalui penyelidikan.
- Ianya melibatkan refleksi, analisis, dan penilaian terhadap amalan seharian.
- Tujuan kajian tindakan yang dilaksanakan adalah untuk membantu pihak guru, pentadbir sekolah dan staf sokongan dalam membantu dan meningkatkan hasil kerja mereka terhadap palajar dan sekolah. Melalui proses kajian tindakan mereka dapat menjana pengetahuan dalam melakukan amalan kerja harian dan berkongsi maklumat dalam melakukan perubahan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti sekolah.
No comments:
Post a Comment