Kajian tindakan ialah proses atau penyelidikan gunaan yang dilakukan berikutan pemerhatian kepada sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan.
Kajian tindakan dilakukan untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian tindakan juga membolehkan guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping memperbaiki kelemahan. Masalah-masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah atau persekitaran sekolah dan komuniti.
Kajian tindakan juga merupakan suatu proses kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh guru atau pendidik sebagai penyelidik. Mereka melaksanakan tindakan mereka sendiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing di samping meningkatkan kefahaman tentang amalan serta situasi di mana amalan tersebut dilakukan. ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksana dan memerhati.

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
- Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran
- memberi peluang guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesionalisme dan menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada arahan luar.
- mengeluarkan guru daripada kongkongan amalan rutin dan meningkatkan amalan profesionalisme.
- menggalakkan guru menyelidik amalan sendiri, memperbaiki tindakan dan menilai keberkesanan tindakan tersebut.
Model Ebbut (1985)
Merupakan model yang lebih mendalam daripada model Kemmis & McTaggart serta menunjukkan proses yang terlibat lebih sukar dan menunjukkan perlu sentiasa dilakukan.
No comments:
Post a Comment