Aplikasi Pengubahsuaian Tingkah Laku Ke Atas Pelajar Pendidikan Khas Menggunakan Teori Pelaziman Operan.
Badrol Hisham Majid, Junaidon Abd Majid dan Hafis Mohamad Dom
Penyelia: En. Mokhtar Tahar
Badrol Hisham Majid, Junaidon Abd Majid dan Hafis Mohamad Dom
Penyelia: En. Mokhtar Tahar
1. Penyataan masalah kajian
Kajian dilakukan ke atas seorang pelajar pendidikan Khas masalah pembelajaran yang bertujuan untuk mengurangkan perlakuan negatifnya dan meningkatkan tumpuannya di dalam kelas. Rakan-rakan subjek sering berasa tidak selesa dengan perlakuan negatifnya.
2. Metodologi, setting dan sampel kajian.

- kajian dilakukan ke atas seorang pelajar masalah pembelajaran SMK Tun Tuah.
- kajian dilakukan selama 7 minggu.
- menggunakan kitaran fasa merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.
- mingu pertama dan kedua: pengkaji membuat pemerhatian kepada subjek dan merancang tindakan yang perlu diambil.
- minggu ketiga: pengkaji memulakan tindakan yang pertama iaitu menggunakan nasihat dan teguran.
- minggu keempat: pengkaji menggunakan pendekatan penggunaan radio.
- minggu kelima: pengkaji menggunakan pendekatan penggunaan alatan muzik.
- minggu keenam: pengkaji menggunkan pendekatan dendaan (pengasingan subjek daripada rakan)
- minggu ketujuh: refleksi dan penilaian
- data dikumpulkan melalui pemerhatian kekerapan subjek melakukan perlakuan negatif dari pukul 7.20 hingga 10.20 pagi.
- temubual daripada rakan-rakan subjek dan guru-guru
- perlakuan negatif subjek dapat dikurangkan melalui pendekatan dendaan.
- melalui pendekatan penggunaan radio dan alat muzik, subjek akan mengulangi perlakuan negatifnya sekiranya penggunaan radio dan alat muzik dihentikan.
- pendekatan nasihat dan teguran tidak berjaya mengurangkan perlakuan negatif subjek.
- kajian tindakan bukan sahaja digunakan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar, namun ia boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul di sekolah
- menjadikan guru lebih kreatif
No comments:
Post a Comment