Friday, December 18, 2009

MINI KAJIAN TINDAKAN

Check out this SlideShare Presentation:

Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 13: Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan (Kerangka Teoritikal, Konseptual dan Operasional Kajian)

Puzzle boleh didefinisikan sebagai masalah atau enigma yang menguji kepintaran orang yang menyelesaikannya. Kadang kala, puzzle juga dicipta sebagai satu bentuk hiburan atau permainan. Oleh itu, puzzle boleh digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam proses pembelajaran pelajar kerana ianya merupakan bentuk permaianan yang menyeronokan. Pelajar akan berasa seronok untuk belajar apabila aktibviti pengajaran guru melibatkan permainan yang boleh membantu pembelajaran mereka.

Melalui aktiviti puzzle ini, ia boleh membantu merangsang daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta dalam pelajaran. Ini kerana, sambil bermain untuk menyelesaikan masalah pelajar juga perlu mengingati fakta yang telah dipelajari bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik dalam tugas yang diberikan melalui aktiviti puzzle tersebut.

Selain itu, semangat kerjasama pelajar juga dapat dipupuk melalui aktiviti permainan puzzle ini kerana pelajar perlu berada di dalam kumpulan untuk bersama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pelajar perlu bersama bergerak dan memberikan sumbangan idea untuk memastikan hasil dan penyelesaian bagi aktiviti puzzle tersebut adlah yang terbaik.

AKTIVITI 12: Tugasan 4 - Pemurnian Mini Kajian Tindakan

Kaedah kuliah atau kaedah konvensional menyebabkan ramai pelajar menjadi bosan dengan p&p yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada pelajar tidak sampai sepenuhnya secara maksimum. Untuk itu, guru perlu mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan pelajar terhadap p&p. Kaedah yang dicadangkan adalah melalui aktiviti permainan puzzle yang dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar merangsang daya ingatan.

AKTIVITI 11: Tugasan 2 - Ulasan 3 Jurnal (Apa dan Bagimana Melaporkan Masalah Kajian)

JURNAL 1:
MATHEMATICS INTERVENTION: SECOND GRADE PLACE VALUE CONCEPT
Mary Ellen Schmidt
Department of Educational Theory and Practice
Ohio State University


Permasalahan kajian.

  • National Council of Teachers of Mathematics Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics and Professional Teaching Standards for Mathematics menyatakan bahawa terdapat pelajar yang masih tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan kelas intervensi perlu diadakan untuk membantu pelajar-pelajar tersebut mencapai objektif. Salah satu objektif yang dinyatakan adalah pelajar second grade seharusnya dapat menunjukkan kefahaman tentang place value. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat untuk mengetahui bagaimana penyediaan dan pengurusan intervensi yang terbaik berdasarkan objektif yang berikut;
  • Mengkaji sama ada kelas intervensi membantu meningkatkan pencapaian pelajar Gred 2 dalam konsep place value.
  • Menyediakan intervensi yang bersepadanan dengan kebolehan pelajar di dalam kelas.


JURNAL 2
ACTIVATING TEACHER’S INQUIRY: MEDIA PROJECTS FOR LITERACY LESSONS (K-8)
Francine Falk-Ross
Pace University, Pleasantville, New York.

Permasalahan kajian
  • Cabaran untuk mengubah sikap guru untuk mengintegrasikan teknologi dan media ke dalam pengajaran mengenal huruf.
  • Satu projek kajian tindakan dilakukan oleh sekumpulan guru dalam memahami bagaimana guru boleh mengintegrasikan media dalam aktiviti membaca dalam bilik darjah.
  • READING VOWEL DIGRAPHS.
  • Permasalahan kajian dalam projek ini ialah pelajar kurang kemahiran decoding/phonics dan mendapati pembelajaran phonic adalah sesuatu yang membosankan. Oleh itu, cabaran kepada guru adalah bagaimana untuk memotivasikan pelajar untuk mempelajari kemahiran decoding / phonics.


JURNAL 3
DIRECT INSTRUCTION WITH PLAYFUL SKILL EXTENSIONS: ACTION RESEARCH IN EMERGENT LITERACY DEVELOPMENT.
Jean M. Keaton
Kindergarten teacher, Tallahassee, Florida

Barbara C. Palmer, Karen R. Nicholas, Vickie E. Lake
Florida State University


Permasalahan kajian

Terdapat pelbagai tahap pencapaian pelajar yang mula masuk ke sekolah. Ada yang telah mengenal huruf, dan ada yang masih tidak menganal huruf. Ada yang berpendapat, guru perlu menyediakan aktiviti bagi membolehkan pelajar belajar melalui pembelajaran konstruktif. Pelajar perlu membina pengetahuan melalui penglibatan aktif dalam pembelajaran seterusnya meningkatkan perkembangan kognitif. Namun, penyelidik menyokong bahawa kanak-kanak yang ketinggalan dalam membaca dan menulis memerlukan arahan yang cepat, terus dan eksplisit.

AKTIVITI 10: Tugasan 1 - Mengenal Pasti Masalah Kajian Tindakan

Perkara yang paling penting sebelum sesuatu kajian tindakan dilakukan adalah pengenalpastian masalah atau isu. Ianya penting bagi menentukan fokus dan hala tuju kajian kerana dapat membantu pengkaji membuat perancangan tindakan dengan lebih rapi.

Menurut penulis buku Improving School Through Action Research: A Comprehensive Guide for Educators, kajian tindakan dilakukan hasil dari kehendak untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah atas dasar keprihatinan pengkaji iaitu guru berdasarkan:

Refleksi (reflection)

  • Schön (1987) menyatakan 2 jenis refleksi iaitu reflection-on-action dan reflection-in-action. Reflection-on-action merupakan refleksi individu selepas tindakan dan pemikiran berlaku. Reflection-in-action pula merupakan refleksi semasa tindakan dijalankan.
  • Killion & Todnem (1991) menambah model refleksi di atas dengan memasukkan reflection-for-action. Ia didefinisikan sebagai refleksi yang dilakukan hasil daripada reflection-on-action dan reflection-in-action.

Rearick & Feldman (1999) menjelaskan:
  • Autobiographical reflection – adalah focus kepada kajian pengkaji berdasarkan cerita, kepercayaan dan nilai serta bagaimana ianya member kesan ke atas tindakan yang mereka ambil. Guru dapat memahami bahawa tindakannya merefleksi kepercayaan dan pengalamannya (Taggart & Wilson, 2005).
  • Colaborative reflection – melibatkan pandangan pengamal kepada orang lain untuk meningkatkan kefahaman. Pengkaji perlu menganalsis dan mentafsirkan idea dan perspektif orang lain yang terlibat dalam kumpulan kolaboratif.

  • Pengkaji perlu membuat refleksi dalam terma di mana tindakan akan diambil terhadap isu atau masalah untuk dibawa ke dalam kajian secara proaktif.
  • Berdasarkan contoh-contoh yang telah diberikan oleh penulis, persoalan yang umum dan luas perlu dikhususkan untuk memfokus kepada tindakan dan hasil yang spesifik.
RUJUKAN:

Cher H. 2006. Improving Schools Through action Research: A Comprehensive Guide For Educators. Pearson Education, Inc, New Jersey.

Saturday, December 5, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Improving Schools Through Action Research: A Comprehensive Guide For Educators.
Penulis: Cher Hendricks
Tahun terbitan: 2006
Penerbit: Upper Saddle River, New Jersey, Columbus, Ohio.

BAB 1: RESEARCH METHODS IN EDUCATION
Dalam bab ini menyatakan pelbagai bentuk penyelidikan seperti kuantitaif, kualitatif dan kajian tindakan boleh digunakan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan berkenaan amalan pendidikan. Walaubagaimanapun, fokus dalam bab ini adalah mengenai kajian tindakan, iaitu satu kaedah yang boleh digunakan oleh pengamal untuk mengkaji dan meningkatkan amalan mereka.
Kajian tindakan diperkenalkan oleh Kurt Lewin sebagai satu proses untuk menyelidik isu di tempat kerja dan masalah sosial. Kajian tindakan asalnya sukar diterima sebagai kajian dalam pendidikan, namun kini ia digunakan sebagai cara untuk membuat kajian di dalam kelas dan dan sekolah untuk pemantapan sekolah. Kitaran proses mereflek – bertindak – penilaian dalam kajian tindakan dijelaskan. Terdapat faedah yang diperolehi melalui kajian tindakan dalam pendidikan antaranya meningkatkan profesion keguruan, menggalakkan kerjasama, dan memberi peluang kepada pengamal untuk menambah pengetahuan dalam bidang pendidikan.

BAB 2: GENERATING RESEARCH IDEAS THROUGH REFLECTION
Dalam bab ini menyatakan persoalan dalam bentuk reflektif digunakan dalam proses kajian tindakan. Terdapat beberapa jenis reflektif dan ianya boleh digunakan dalam kajian tindakan antaranya melalui pengalaman lepas, reflektif melalui jurnal dan perbualan dengan rakan setugas. Reflektif bertujuan untuk mencari focus dalam kajian yang akan dilakukan. Proses refleksi bukan sahaja boleh dilakukan dalam kajian tindakan, malah ia boleh dilakukan dalam amalan harian oleh pengamal pendidikan.

BAB 3: CONNECTING THEORY AND ACTION: REVIEWING THE LITERATURE
Bab ini menerangkan langkah-langkah untuk membuat kajian kepustakaan di mana ianya satu langkah yang amat penting dalam kajian tindakan yang membolehkan kita membuat perhubungan dengan apa yang kita perolehi daripada kajian lepas dengan apa yang akan dilakukan oeh pengkaji dalam kajian tindakannya kelak. Kajian kepustakaan boleh dilakukan dengan membuat carian dalam katalog di perpustakaan dan database dalam talian (online) untuk mencari sumber-sumber yang berkaitan dengan kajian. Penilaian dan pemilihan sumber rujukan, membuat pengertian berkenaan topik dan subtopik daripada bahan rujukan perlu dilakukan. Seterusnya, penggabungan maklumat dari setiap sumber yang diperolehi dan penyusunan maklumat dilakukan untuk menjadikan penulisan adalah berkesan.

BAB 4: INITIAL PLANNING OF THE ACTION RESEARCH STUDY
Bab ini memberikan maklumat mengenai langkah-langkah dalam proses melakukan kajian tindakan yang berlaku semaca perancangan awal. Pengkaji perlu mencari perhubungan antara persoalan pertama dan kedua dalam kajian, memilih peserta yang terlibat dalam kajian tindakan, merancang intervensi yang akan digunakan dan menimbangkan cara bagaimana kajian dilakukan.
Perancangan awal dalam kajian tindakan

1) Proses dijelaskan melalui persoalan kajian yang memberi fokus kepada tindakan dan hasil (Penjelasan persoalan kajian)
• Menulis persoalan kajian utama berdasarkan kepada apa yang diperolehi dari kenyataan refleksi awal dan apa yang diperolehi dan dipelajari dari tinjauan literatur.

2) Menerangkan proses perancangan dan pelaksanaan intervensi yang akan digunakan. (Perancangan intervensi)
• Jelas intervensi yang akan digunakan dan berkaitan dengan kajian literatur. Perancangan perlu terperinci supaya guru-guru yang lain atau pentadbir boleh membaca perancangan tersebut dan dan digunakan dalam setting mereka. Adalah sangat penting untuk memasukkan intervensi dan tempoh intervensi.

3) Huraikan proses memilih peserta kajian dan penyertaan dalam kolaborasi. (Peserta yang terlibat)
• Siapa yang terlibat dalam kajian tindakan. Semua pelajar, sebuah kelas, satu kumpulan kecil pelajar, guru-guru, staf atau lain-lain. Ibu bapa juga boleh menjadi sebahagia n daripada sumber data. Perlu diingati pengkaji bukan hanya orang yang mengkaji dalam projeknya, tetapi juga merupakan peserta. Penetapan peserta kajian sangat penting agar dapat memastikan kajian ini lebih mudah untuk dikawal yang akan meningkatkan kebolehan untuk menguruskan kajian secara lebih berkesan.

4) Menyediakan aktiviti yang dipandu oleh seseorang melalui parancangan dan pelaksanaan bahagian kajian mereka (kolaborasi).
• Kemungkinan kolaborasi dengan individu di sekolah, mungkin juga rakan fakulti di universiti, atau pengajar dari lain-lain sekolah yang dirasakan boleh membantu dalam kajian.


BAB 5: STRATEGIES FOR COLLECTING DATA
Bab ini menyatakan kepentingan pemetaan sumber data untuk meningkatkan kredibiliti kajian tindakan.
• Data boleh dikumpulkan melalui 3 kategori iaitu:

1) Artifak (sesuatu yang dihasilkan oleh manusia)
Contoh artifak adalah seperti:
Student-generated ; teacher-made tests, ujian piawai, tugasan, penglibatan, projek, jurnal, penilaian kendiri dan peer review.
(Teknik ini boleh digunakan sekiranya kajian dijalankan dengan memfokuskan kepada pencapaian pelajar).

Teacher-generated; Rancangan pengajaran, jurnal guru, penilaian kendiri dan peer review.
(Teknik ini boleh digunakan oleh pentadbir yang memfokuskan kajian lebih kepada guru berbanding pelajar (contohnya menyelidik keberkesanan guru baru menguruskan program)).

Arkib (archived); Computer-generated reports, rekod sekolah dan dokumen.
(Teknik ini boleh digunakan jika ingin menggunakan rekod sekolah di dalam kajian. Pelbagai maklumat yang boleh diperolehi seperti laporan melalui komputer , kehadiran dan rekod disiplin atau skor ujian piawai yang mungkin sangat bernilai.


2) Data melalui pemerhatian (observational data)
Pemerhatian boleh membantu dalam menentukan mengapa sesuatu intervensi itu berjaya atau gagal dan bagaimana ianya mendatangkan kesan kepada kajian yang dijalankan. Contohnya seperti rakaman pemerhatian, log, senarai semak, catatan di kertas, videotape, photograf, audiotape, carta organisasi dan skala tingkahlaku. Penyelidik perlu menentukan cara terbaik untuk menggunakan pemerhatian dalam kajian tindakan. Mereka perlu pertimbangkan bagaimana data melalui pemerhatian akan digunakan dalam kajian tindakan, apa yang diinginkan melalui pemerhatian, siapa yang ingin diperhatikan dan apa peranan yang perlu dimainkan ketika pemerhatian.

3) Data inkuiri
Data inkuiri digunakan untuk mengumpul maklumat dari peserta tentang pengetahuan mereka, nilai, kepercayaan, pengalaman lepas, perasaan, pendapat, sikap dan persepsi. Dalam kajian tindakan, penyelidik juga peserta dalam membuat persepsi mengenai keberkesanan intervensi, cara intervensi boleh ditingkatkan dan juga maklum balas positif dan negatif dari intervensi. Contoh data inkuiri adalah seperti temubual, kumpulan fokus, persidangan, tinjauan atau soal selidik dan skala sikap.

BAB 6: FINAL PLANNING BEFORE IMPLEMENTATION OF THE STUDY
Dalam bab ini memerihalkan tentang etika semasa penyelidik melakukan kajian tindakan.

i. Penyelidik memerlukan kebenaran untuk menjalankan kajian tindakan sekiranya data yang dikumpul melibatkan peserta (manusia) yang akan disebarkan hasil kajian tersebut secara meluas.

ii. Sekiranya penyelidikan kajian tindakan dijalankan di sekolah atau sekolah dalam daerah (bukan kolej atau universiti) langkah pertama ialah dengan menghubungi pejabat dan bertanya berkaitan dengan proses untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian. Perlu sediakan kertas kerja.

iii. Semua peserta mesti bersetuju untuk dicatatkan sebagai sebahagian daripada kajian. Jika kajian termasuk juga individu yang berumur kurang 18 tahun memerlukan kebenaran daripada ibu bapa

BAB 7: STRATEGIES FOR DATA ANALYSIS
Dalam bab ini, penekanan terhadap teknik analisis data diutarakan. Antara teknik analisis data yang dibincangkan ialah:

i. Interim data analysis (analisis data sementara)
Satu proses menganalisis data secara tidak formal. Semua data yang diperlukan dilihat dan difikirkan dengan teliti seterusnya membuat penukaran atau penambahan terhadap strategi jika dirasakan perlu.

ii. Menggunakan ‘packages software’ untuk menganalisis jumlah data yang besar
Analisis statistik dalam bentuk data quantitatif, SPSS, SAS, Minitab dan Excel boleh digunakan untuk melihat perbezaan statistik dan hubungan antara data. Sekiranya ingin menganalisis data qualitatif yang mempunyai jumlah yang besar antara contoh software yang boleh digunakan seperti Nvivo, QSR N6 (formerly NUD*IST) dan ATLAS.

iii. Analisis data quantitatif: Reporting, comparing & Displaying
Data quantitatif dihasilkan melalui skor ujian, rubric-scored work (penulisan tugasan, prestasi yang ditunjukkan, projek), closes-ended self-assessment items, laporan melalui komputer, rekod sekolah, senarai semak, kertas catatan (tally sheets), skala tingkah laku, skala sikap dan closed-ended survey items. Langkah untuk menganalisis data kuantitatif yang terdiri daripada laporan, perbandingan dan data yang dipamerkan. Langkah pertama dalam proses analisis ialah dengan melihat pelbagai sumber data dan tentukan yang mana boleh dianalisis secara kuantitatif. Kemudian ikut garis panduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh setiap jenis data yang digunakan. Dalam analisis ini data dicadangkan untuk dilaporkan dalam bentuk gambar rajah.

iv. Analisis data qualitatif : Looking for themes dan patterns (Melihat kepada tema dan corak)
Analisis data quantitatif adalah satu proses membuat atau memberikan makna dari sumber data yang boleh menerangkan/menjelaskan dalam bentuk nombor (interpreted in a number of ways). Sumber data qualitatif adalah seperti nota lapangan, logs, temubual, kumpulan fokus, persidangan, dokumen, jurnal dan open-ended items from survey, scales, penaksiran-kendiri dan peer reviews yang hanya boleh diterangkan dan digunakan untuk menjawab persoalan kajian selepas diperjelaskan. Proses ini memerlukan analisis data yang mendalam berbanding proses yang digunakan untuk menerangkan sumber data quantitatif. Shank’s menerangkan tema ini muncul adalah berkait rapat dengan apa yang berlaku sebenarnya dalam proses analisis: Tema tidak muncul secara jelas dari data. Selepas bekerja kuat dan berfikir secara kreatif maka akan wujud kesedaran dalam pemikiran pengkaji yang di sana adalah corak untuk melihat data dari pelbagai aspek.

v. Triangulating data sources and drawing conclusions from data (Sumber data triangulasi)
Teknik ini melibatkan analisis data daripada sumber atau responden yang berlainan. Analisis perbezaan tanggapan atau persepsi dari beberapa pihak yang biasanya melebihi tiga pihak adalah amat penting kerana responden yang berlainan melihat dan memberi tafsiran yang berlainan terhadap sesuatu perkara ataupun kejadian yang berlaku.


BAB 8: WRITING AND DISSEMINATING THE ACTION RESEARCH REPORT
Dalam bab ini memerihalkan bagaimana cara penulisan laporan kajian tindakan dilakukan. Dalam penulisan laporan kajian tindakan, format laporan dan isi kandungan amat ditekankan. Dapatan dalam kajian perlu disebarkan, untuk itu, penulisan laporan dapatan kajian tindakan amat lah penting.

PENILAIAN BUKU SECARA KESELURUHAN
Buku ini telah memberi penjelasan secara umum berkaitan dengan kajian dan kajian tindakan serta apa yang membezakan kajian tindakan dengan kajian-kajian yang lain. Secara keseluruhan buku ini dapat menerangkan dengan terperinci mengenai perjalanan kajian tindakan yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin mengaplikasikannya lebih-lebih lagi sebagai seorang guru. Namun pada peringkat awal, buku ini tidak menjelaskan secara terperinci berkaitan dengan model dan hanya menyarankan proses yang perlu dilalui dalam kajian tindakan yang mungkin juga berasaskan model-model yang disebutkan secara umum. Walaupun demikian, untuk proses-proses yang seterusnya terutamanya yang berkaitan dengan pengumpulan data, penganalisisan data telah diterangkan dengan terperinci. Hanya maklumat utama dicatatkan dalam tugasan ini berdasarkan apa yang difahami.

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9: Matlamat Kajian Tindakan

Objektif:
  • Menilai keberkesanan penggunaan puzzle dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan Perdagangan
  • Menilai sama ada penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah subjek Sains dan Perdagangan.

Persoalan:

  • Adakah penggunaan puzzle dapat meningkatkan minat pelajar dalam subjek Sains dan perdagangan?
  • Adakah penggunaan puzzle dapat membantu pelajar memahami konsep dan istilah dalam Sains dan Perdagangan?

AKTIVITI 8: Cara Mengatasi Kelemahan Pengajaran Sains dan Perdagangan

SAINS
  • Mengadakan aktiviti P&P yang lebih menarik seperti permainan, perbincangan, kuiz antara kumpulan untuk menarik minat pelajar mempelajari Sains tidak lagi hanya menggunakan kaedah kuliah.
  • Permainan puzzle dapat membantu pelajar mengingati istilah-istilah sains
  • Membantu pelajar memahami dan mengingati teori dengan baik melalui aktiviti “hands-on”.
  • Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam menjalankan semua aktiviti bukan hanya sebahagian pelajar sahaja. Penggunaan puzzle diharapkan dapat menarik minat semua pelajar mengikuti aktiviti p&p.

AKTIVITI 7: Kelemahan Pengajaran Sains dan Perdagangan

SAINS
  • Pelajar tidak menguasai bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris menyebabkan pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran.
  • Pelajar tidak berminat mempelajari Sains kerana menganggap mata pelajaran tersebut adalah sukar.
  • Pelajar sukar memahami teori.
  • Ujikaji dalam makmal hanya banyak dilakukan oleh pelajar yang rajin dan pandai, pelajar lemah menganggap ianya sekadar ujikaji dan tidak serius ketika menjalankan ujikaji.
  • Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah– menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
  • Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Sains.
PERDAGANGAN
  • topik pengajaran banyak melibatkan fakta
  • guru perlu memberi penerangan yang jelas disamping contoh yang bersesuaian
  • pelajar sukar untuk mengingat fakta
  • sesi pengajaran banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru berbanding kaedah berpusatkan pelajar kerana guru perlu terlebih dahulu memberi penerangan kepada pelajar

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 6: Kekuatan Pengajaran Sains dan Perdagangan

SAINS
  • Pelajar sentiasa berhadapan dengan sains dalam kehidupan seharian.
  • Guru boleh memberi contoh / menunjukkan aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
  • Pendekatan kaedah pengajaran menggunakan bahan maujud dapat meningkatkan minat dan sifat ingin tahu pelajar.
  • Guru juga boleh menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti dalam kumpulan, menjalankan ujikaji (eksperimen), simulasi, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP; menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan minat pelajar.
  • Guru menyediakan aktiviti yang mementingkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P.
  • Guru menyediakan pengajaran berdasarkan pengalaman pelajar dalam kehidupan.
PERDAGANGAN
  • guru boleh mengadakan banyak aktiviti mengikut kesesuaian topik
  • guru boleh menggunakan bahan maujud yang senang didapati sebagai contoh bahan bantu mengajar
  • kandungan matapelajaran Perdagangan boleh diaplikasikan dalam kehidupan (usahawan yang berjaya)
  • pelajar dapat melihat realiti keadaan di sekeliling melalui subjek Perdagangan
  • pelajar dapat belajar melalui pengalaman dan juga aktiviti seharian

Saturday, November 14, 2009

AKTIVITI 5: Mengapa Guru Perlu Melakukan Kajian Tindakan

Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

1. Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan kelemahan, mengambil tindakan yang wajar dan memantau kesannya. Ini memberi peluang guru menjadi agen perubahan.

2. Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-amalan profesional mereka. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri guru sebagai kumpulan profesional dan dengan itu membaiki prestasi dan kepuasan kerja.

3. Mengembangkan kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri di samping memupuk keinginan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru mempunyai peluang untuk membuat pilihan bagi amalan pendidikan yang lebih baik.

4. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

5. Mewujudkan teori baru yang boleh memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.

6. Merupakan profesinal pendidik kerana kajian tindakan meletakkan pendidik bertanggungjawab meningkatkan amalan dan pembangunan profesianal pendidik.

7. Menggalakkan pendidik untuk berkerjasama secara berterusan.

8. Memberi peluang kepada pendidik untuk menyebarkan penemuan atau hasil kajian kepada umum di atas pengalaman yang dilalui bersama fakta-fakta yang diperolehi.

AKTIVITI 4: Tajuk Mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan yang dipilih oleh kumpulan kami adalah :

Merangsang Daya Ingatan Pelajar Mengingati Isi Pengajaran melalui Aktiviti Puzzle.

Puzzle digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam P&P mata pelajaran Perdagangan dan Sains semasa pengukuhan. Kebiasaannya guru akan memberikan lembaran kerja ataupun latihan kepada pelajar selepas pengajaran sesuatu topik sebagai pengukuhan. Keadaan ini kadangkala menimbulkan kebosanan dalam diri pelajar. Sesetengah pelajar pula masih tidak dapat memahami topik yang telah diajar oleh guru. Untuk itu, penggunaan Puzzle diharapkan dapat memberikan motivasi kepada pelajar untuk memahami topik dan mengingati fakta atau istilah penting yang dipelajari dan sebagai aktiviti pengayaan kepada pelajar.

Ahli Kumpulan:
Suhaimila binti Sudar (P52053)
Mohd Fadzli bin Samsudin (P52024)
Masriah binti Ismail (P52020)

Thursday, November 12, 2009

AKTIVITI 3: Tugasan Kajian Tindakan (Kolokium Januari 2009)

Saya telah memilih dua kajian tindakan pada Kolokium DPLI Januari 2009 iaitu:

1. Aplikasi Pengubahsuaian Tingkah Laku ke Atas Pelajar Pendidikan Khas Menggunakan Teori Pelaziman Operan. (Badrol Hisham bin Majid, Junaidon bin Abd Majid dan Hafiz bin Mohamad Dom)

2. Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Teknik Gubahan Lirik Lagu. (Robiah Mohamad dan Siti Hajjar Hasnaa Yahya)

Kedua-dua kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan. Dalam kedua-dua kajian, pengkaji-pengkaji mencari penyelesaian dalam sesuatu masalah yang dihadapi dalam amalan mereka dalam bidang pendidikan. Kaedah yang digunakan merupakan satu cara penambahbaikan dalam memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan. Ianya tidak sahaja tertumpu dalam bidang akademik, malah ianya juga menekankan dalam bidang sahsiah seperti kajian tindakan pertama.

Sunday, November 8, 2009

AKTIVITI 2: Tugasan 2 Jurnal

JURNAL SUHAIMILA:

JURNAL 1:
Mathematic Intervention: Second Grade Place Value Concept
Mary Ellen Schmidt
Department of Educational Theory and Practice
Ohio State University

• Mengkaji sama ada kelas intervensi membantu meningkatkan pencapaian pelajar Gred 2 dalam konsep place value.
• Menyediakan intervensi yang bersepadanan dengan kebolehan pelajar di dalam kelas.
• Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengalaman


JURNAL 2:
Activating Teachers’ Inquiry: Media Projects for Literacy Lesson (K-8)
Francine Falk-Ross
Pace University, Pleasantville, New York

• Menentukan keberkesanan pengintergrasian aktiviti media dalam kelas mengenal huruf.
• Media digunakan untuk mengembangkan elemen yang berbeza untuk menentukan kecekapan dalam aktiviti mengenal huruf.
• Pelbagai media membantu pembelajaran pelajar mengenal huruf


JURNAL 3:
Direct Instruction with Playful Skill Extensions: Action Research in Emergent Literacy Development.
Jean M. Keaton
Kindergarten Teacher, Tallahassee, Florida

•Mengkaji keberkesanan arahan terus yang diolah dalam perkembangan mengenal huruf dalam kelas tadika.
•Menggabungkan teknik lain dengan teknik arahan dalam pengajaran mengenal huruf.
•Pendekatan arahan terus yang dilakukan oleh guru diintegrasikan dengan pendekatan Peer Assisted Learning Strategies (PALS) yang sistematik.
•Pengintegrasian dikekalkan bagi mengekalkan tahap motivasi kanak-kanak tersebut.

..........................................................................................................................................................................

JURNAL FADZLI:

JURNAL 1
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom
Courtney Kosky, West Virginia University
Reagan Curtis, West Virginia University

- Satu kajian yang dilaksanakan untuk melihat bagaimana Arts boleh disepadukan dalam pendidikan sains social bagi meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar.

- Subjek yang terlibat adalah subjek pendidikan seni yang mana ia dihubungjalinkan bersama subjek pendidikan sosial. Pelajar akan diberikan tugasan atau projek untuk dilaksanakan dan dikehendaki membentangkan hasil dengan kreatif.

- Kajian ini dibuat oleh guru pratikal dan dibimbing oleh guru dan pensyarah sepanjang proses kajian dilaksanakan. Kajian dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitun sebanyak 20 masa P&P. Kajian ini ingin melihat pelajar bergiat aktif di dalam proses P&P yang dilakukan.

JURNAL 2
Action Research on the Development of a Caring Curriculum in Taiwan : Part II


- Artikel ini mempersembahkan pembangunan, rekabentuk. Perlaksanaan, dan penilaian terhadap kursus tahun 3 dalam ‘caring curriculum’ (kursus perlindungan atau penjagaan) yang di buat untuk program ijazah kejururawatan 5 tahun di Taiwan.

- Kursus yang bertajuk ‘Application of Caring Concept’ yang mana diajar kepada lebih daripada 800 pelajar oleh 16 pelatih yang direkrut daripada pelbagai bahagian. Pelatih-pelatih tersebut telah menghadiri bengkel dan seminar berkenaan kursus tersebut dan seterusnya membangunkan bahan-bahan kursus dan strategi pengajaran.

- Melaksanakan strategi pengajaran bepusatkan pelajar yang mana melibatkan pensyarah, role model, dialog, kumpulan ‘caring’ latihan dalam kelas tentang kemahiran khusus, dan melakonkan sikap ‘caring’ di luar sekolah. Pelajar akan buat refleksi tentang pengalamn mereka dengan kawan dan pelatih.

- Stage Penilaian : Dinilaikan berdasarkan 3 aspek pencapaian pelajar iaitu:
* Pengetahuan ‘caring’, dinilai berdasarkan ujian bertulis, jurnal, dan laporan kumpulan
* Sikap ‘caring’, dinilai berdasarkan jurnal dan penyertaan dalam kelas
* Tabiat ‘caring’, dinilai berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

AKTIVITI 1: Tugasan 1 (Buku)

APA YANG DIMAKSUDKAN KAJIAN TINDAKAN?

  • Kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri yang mana melalui kajian tindakan, penkaji akan menyelidik serta menilai kerja/kajian/amalan mereka. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain walaupun kajian-kajian tersebut juga berbentuk kualitatif. Kajian tindakan melibatkan pengkaji berada di dalam situasi kajian.
  • Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang dijalankan selepas pemerhatian bagi mengenal pasti satu masalah dalam kerja individu atau persekitaran sekolah untuk penambahbaikan amalan dalam pendidikan.
  • kajian dilakukan untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan peyelidikan yang dilakukan.
  • Ianya dijalankan oleh guru-guru, pentadbir sekolah dan kakitangan sokongan untuk memudahkan perubahan melalui penyelidikan.
  • Ianya melibatkan refleksi, analisis, dan penilaian terhadap amalan seharian.
  • Tujuan kajian tindakan yang dilaksanakan adalah untuk membantu pihak guru, pentadbir sekolah dan staf sokongan dalam membantu dan meningkatkan hasil kerja mereka terhadap palajar dan sekolah. Melalui proses kajian tindakan mereka dapat menjana pengetahuan dalam melakukan amalan kerja harian dan berkongsi maklumat dalam melakukan perubahan yang diperlukan bagi meningkatkan kualiti sekolah.

TUGASAN 2: JURNAL



JURNAL 1:

MATEHMATICS INTERVENTION: SECOND GRADE PALCE VALUE CONCEPTS

Mary Ellen Schmdt
Ohio State University

1. Permasalahan Kajian.

  • mengkaji sama ada kelas intervensi membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam konsep place value
  • menyediakan intervensi yang bersepadanan dengan kebolehan dan pencapaian pelajar di dalam kelas.

2. Metodologi, sampel dan setting kajian.

  • sampel terdiri daripada 25 orang pelajar berkulit putih, kelas pertengahan daripada 493 orang pelajar.
  • pelajar berada di bandar kecil, majoritinya dari latar belakang keluarga yang berpendapatan sederhana.
  • pelajar telah diajar konsep placve value sebelum ini dengan menggunakan urutan pelajaran dan objektif di dalam buku teks matematik.


  • pelajar dinilai menggunakan instrument yang disediakan untuk mengetahui pencapaian pelajar.
  • pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelajar lemah dan pelajar yang baik pencapaiannya.
  • pusat pembelajaran dibina dengan menyediakan peluang pelajar untuk membuat aktiviti bersepadanan dengan konsep place value.
  • pelajar lemah diperkenalkan dengan aktiviti dan permainan intervensi oleh guru, diberikan pengawasan tetapi tidak menerima pengajaran secara langsung.
  • pelajar yang baik pencapaiannya diarah membuat aktiviti atau permainan yang bertujuan untuk pengayaan dengan sendiri.
  • di akhirnya, semua pelajar dinilai kembali dengan menggunakan instrument yang disediakan bagi mengetahui pencapaian pelajar setelah melakuakan aktiviti dalam kelas intervensi.


3. Pengumpulan dan analisis data.

  • pelajar lemah diberi peluang untuk membina kefahaman konsep dan kemahiran yang dipelajari melalui pengalaman intervensi. penilaian awal memberikan panduan kepada guru memilih aktiviti bersesuaian dengan pelajar.
  • pusat pembelajaran dibina dengan pelbagai aktiviti dan permainan berdasarkan konsep yang berkaitan dan kemahiran pelajaran.
  • pelajar lemah dapat menumpukan perhatian melalui pengalamannya menjalankan aktiviti dan permainan intervensi, membina makna menjadi pengetahuan dan berinteraksi dengan bahan dan pelajar lain dan membantu mereka membuat hubungkait.
  • pelajar yang baik pencapaiannya dapat diberikan aktiviti dan permainan yang mencabar untuk meningkatkan lagi kefahaman.


4. Implikasi kajian

  • pelajar lemah dapat meningkatkan pencapaian dan kefahaman melalui aktiviti yang disediakan dalam kelas intervensi.
  • pelajar yang baik pencapaiannya dapat diberikan aktiviti pengayaan dan kefahaman dalam konsep place value dapat dipertingkatkan.
  • pusat mambangunkan pusat pembelajaran matematik yang menyediakan pelbagai aktiviti yang bersepadanan dengan pencapaian pelajar dan menggalakkan pelajar aktif di dalam kelas.


JURNAL 2:

ACTIVATING TEACHER’S INQUIRY: MEDIA PROJECTS FOR LITERACY LESSONS (K-8)
Francine Falk-Ross
Pace University, Pleasantville, New York.


1. Permasalahan kajian
  • Cabaran untuk mengubah sikap guru untuk mengintegrasikan teknologi dan media ke dalam pengajaran mengenal huruf.
  • Satu projek kajian tindakan dilakukan oleh sekumpulan guru dalam memahami bagaimana guru boleh mengintegrasikan media dalam aktiviti membaca dalam bilik darjah.
  • READING VOWEL DIGRAPHS. Permasalahan kajian dalam projek pertama ini ialah pelajar kurang kemahiran decoding/phonics dan mendapati pembelajaran phonic adalah sesuatu yang membosankan. Oleh itu, cabaran kepada guru adalah bagaimana untuk memotivasikan pelajar untuk mempelajari kemahiran decoding / phonics.

2. Metodologi, sampel kajian, setting kajian

READING VOWEL DIGRAPHS
  • 22 orang pelajar Grade 5, daripada 2 kelas yang berbeza, hanya kira-ra 50% daripada mereka pelajar ESL.
  • Perkataan yang mempunyai kombinasi vowel ea dipilih kerana kebanyakan pelajar menunjukkan masalah dalam menyebut pekataan yang mengandungi kombinasi vowel ea.
  • Pelajar didedahkan kepada guru yang sama untuk pengenalan kepada kemahiran decoding / phonics dan mengambil pre-test dan post-test yang sama, tetapi kaedah menggunakan media adalah berlainan.
  • Sekumpulan pelajar (kumpulan A), diperkenalkan dengan pembelajaran decoding / phonics menggunakan pensil dan kertas bersama media dalam bentuk permainan dan aktiviti.
  • Pembelajaran decoding / phonics didedahkan kepada kumpulan pelajar yang lain (kumpulan B) melalui persembahan Power Point yang telah dirancang untuk membolehkan pelajar menggunakan semua deria dalam permainan komputernuntuk vowel digraph.

3. Pengumpulan dan analisis data
  • Data dikumpulkan melalui ujian yang dilakukan terhadap pelajar iaitu pre-test dan post-test yang sama.
  • Dalam pre-test, 3 daripada 11 pelajar dari kumpulan A menunjukkan tahap kecekapan di atas sasaran iaitu 70 %. Selepas 5 hari pembelajaran, di dalam post-test, 9 daripada 11 pelajar mencapai sasaran 70 % atau lebih. Dua pelajar lagi menunjukkan peningkatan 5 %.
  • Dalam pre-test, 4 daripada 9 pelajar dari kumpulan B menunjukkan tahap kecekapan di atas sasaran iaitu 70 %. Selepas 5 hari pembelajaran, di dalam post-test, 6 daripada 9 pelajar mencapai sasaran 70 % atau lebih. Tiga pelajar lagi tidak menunjukkan disebabkan tidak focus pada program.
  • Kedua-dua kumpulan diberikan kaji selidik yang tidak formal. Pelajar menyatakan computer adalah mudah untuk digunakan dan efektif sebagai alat bantu mengajar. Melalui komputer pelajaran mudah untuk dipelajari berbanding perbincangan dalam kumpulan kecil. Pelajar juga suka agar pembelajaran subjek lain diajar menggunakan computer dan audio sangat memainkan peranan.

4. Implikasi kajian
  • Dapatan kajian menunjukkan media dapat menarik perhatian dan tumpuan pelajar serta meningkatkan kebolehan membaca.
  • Media yang berbeza dapat memotivasika pelajar dengan cara yang berbeza.





JURNAL 3

DIRECT INSTRUCTION WITH PLAYFUL SKILL EXTENSIONS: ACTION RESEARCH IN EMERGENT LITERACY DEVELOPMENT.
Jean M. Keaton
Kindergarten teacher, Tallahassee, Florida
Barbara C. Palmer, Karen R. Nicholas, Vickie E. Lake
Florida State University


1. Permasalahan kajian
  • Terdapat pelbagai tahap pencapaian pelajar yang mula masuk ke sekolah. Ada yang telah mengenal huruf, dan ada yang masih tidak menganal huruf. Ada yang berpendapat, guru perlu menyediakan aktiviti bagi membolehkan pelajar belajar melalui pembelajaran konstuktif. Pelajar perlu membina pengetahuan melalui penglibatan aktif dalam pembelajaran seterusnya meningkatkan perkembangan kognitif. Namun, penyelidik menyokong bahawa kanak-kanak yang ketinggalan dalam membaca dan menulis memerlukan arahan yang cepat, terus dan eksplisit.

2. Metodologi, sampel dan setting kajian
  • Kajian dijalankan ke atas 20 orang pelajar tadika. 13 orang pelajar pendidikan biasa, 2 orang adalah Exeptional Education Students (ESE), seorang guru, seorang guru ESE dan seorang pembantu.
  • Menggunakan First-Grade Peer Assisted Learning Strategies (PALS) Program. Dalam program ini menunjukkan dengan spesifik keperluan arahan untuk pelajar tadika dan menggunakan strategi arahan terus untuk mengajar kemahiran huruf yang spesifik.
  • Pengintegrasian permainan dalam pembelajaran diteruskan bagi menarik perhatian dan minat pelajar serta memberikan motivasi kepada mereka.
  • Pelajar dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C. pengajaran dilakukan tiga kali seminggu selama 15 hingga 20 minit antara bulan Januari hingga Mac.
  • Arahan terus digabungkan dengan aktiviti bercorak hands-on untuk menggalakkan penglibatan pelajar.
  • Terdapat 5 aktiviti secara arahan terus iaitu Letter-Sound Practice, Phonological Segmentation & Blending, More Letter-Sound Practice, Sounding Out dan Reading Word Fast. Semua aktiviti ini dijalankan dengan diikuti aktiviti permainan bercorak hands-on.
  • Aktiviti permainan bercorak hands-on dijalankan untuk pengayaan setelah pelajar menguasai sesuatu kemahiran.

3. Pengumpulan dan analisis data
  • Data dikumpulkan melalui pre-test dan post-test.
  • Kumpulan A dan B pencapaian meningkat dalam perkembangan sight word berbanding kumpulan C.
  • Data juga dikumpulkan melalui pemerhatian.
  • Kumpulan A terdiri daripada kumpulan pelajar yang mempunyai pencapaian kemahiran dalam akademik yang tinggi. Setelah beberapa minggu, kumpulan ini menunjukkan sikap kurang minat. Seorang pelajar dikenal pasti untuk membaca secara sendirian ketika direct instruction. Namun, apabila diberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk meneroka buku baru, pelajar tadi mula menunjukkan minat untuk bersama-sama dengan ahli kumpulan.
  • Keadaan yang sama berlaku dalam kumpulan B.
  • Kumpulan C menunjukkan mereka menumpukan perhatian yang baik dalam perlaksanaan direct instruction dan mereka menunjukkan keyakinan untuk menyebut dan mengenalpasti huruf.

4. Implikasi kajian
  • Kaedah direct instruction ini membantu pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam mengenalpasti dan menyebut huruf untuk meningkatkan kemahiran dan pencapaian mereka.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN KELAS: Konsep dan Model Kajian Tindakan

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?
Kajian tindakan ialah proses atau penyelidikan gunaan yang dilakukan berikutan pemerhatian kepada sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat untuk dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan.

Kajian tindakan dilakukan untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian tindakan juga membolehkan guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping memperbaiki kelemahan. Masalah-masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah atau persekitaran sekolah dan komuniti.

Kajian tindakan juga merupakan suatu proses kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh guru atau pendidik sebagai penyelidik. Mereka melaksanakan tindakan mereka sendiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing di samping meningkatkan kefahaman tentang amalan serta situasi di mana amalan tersebut dilakukan. ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksana dan memerhati.

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
  • Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran
  • memberi peluang guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesionalisme dan menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada arahan luar.
  • mengeluarkan guru daripada kongkongan amalan rutin dan meningkatkan amalan profesionalisme.
  • menggalakkan guru menyelidik amalan sendiri, memperbaiki tindakan dan menilai keberkesanan tindakan tersebut.
MODEL KAJIAN TINDAKAN



Model Ebbut (1985)


Proses kajian tindakan adalah kitaran berturutan di mana maklum balas boleh berlaku di dalam dan di antara kitaran tersebut.




Model Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Model ini dikatakan ringkas dan boleh menyatakan bahawa proses kajian tindakan adalah sesuatu yang mudah dan jelas.



model kajian tindakan Elliot (1991)

Merupakan model yang lebih mendalam daripada model Kemmis & McTaggart serta menunjukkan proses yang terlibat lebih sukar dan menunjukkan perlu sentiasa dilakukan.

Justify Full

Tuesday, November 3, 2009

TUGASAN 3: Laporan Kolokium DPLI Januari 2009

Kajian Tindakan 2:

Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Teknik Gubahan Lirik Lagu.

Robiah Mohamad dan Siti Hajjar Hasnaa Yahya


Penyelia: Dr. Mohd Aderi Che Noh


1. Penyataan masalah kajian.
  • kajian dilakukan bagi menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan melatih pelajar mengingati fakta menggunakan teknik gubahan lirik lagu.
2. Metodologi, setting dan sampel kajian
  • kajian dilakukan terhadap 25 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 SMK Desa Perdana.
  • kajian dijalankan menggunakan kitaran Kemmis & Mc Taggart (1998) sebanyak 2 kitaran.
  • kitaran pertama: guru menggubah lirik lagu dari topik Doa penyeri Hidup berdasarkan melodi lagu "Tanya Sama Pokok". Guru membuat rakaman audio dan memainkan di dalam kelas.
  • kitaran kedua: guru meminta pelajar menggubah lirik lagu dari topik yang sama secara berkumpulan dan dipersembahkan dalam bentuk pertandingan.
3. Pengumpulan dan analisis data
  • data dikumpulkan melalui rakaman video, temubual dan pemerhatian.
  • daripada data yang diperolehi, pelajar lebih bersemangat dan seronok mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.
  • pelajar lebih mudah mengingati fakta apabila menggunakan pendekatan gubahan lirik lagu.
4. Implikasi kajian
  • pendekatan ini memberikan motivasi kepada pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.
  • pendekatan ini juga memudahkan pelajar mengingati fakta dalam Pendidikan Islam.
  • Mengubah persepsi dan tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.
5. Apa yang dipelajari dari kajian ini.
  • mencari pendekatan yang terbaik untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar
  • menjadikan guru lebih kreatif.

TUGASAN 3: Laporan Kolokium DPLI Januari 2009

Kajian Tindakan 1:

Aplikasi Pengubahsuaian Tingkah Laku Ke Atas Pelajar Pendidikan Khas Menggunakan Teori Pelaziman Operan.
Badrol Hisham Majid, Junaidon Abd Majid dan Hafis Mohamad Dom
Penyelia: En. Mokhtar Tahar

1. Penyataan masalah kajian
Kajian dilakukan ke atas seorang pelajar pendidikan Khas masalah pembelajaran yang bertujuan untuk mengurangkan perlakuan negatifnya dan meningkatkan tumpuannya di dalam kelas. Rakan-rakan subjek sering berasa tidak selesa dengan perlakuan negatifnya.

2. Metodologi, setting dan sampel kajian.
  • kajian dilakukan ke atas seorang pelajar masalah pembelajaran SMK Tun Tuah.
  • kajian dilakukan selama 7 minggu.
  • menggunakan kitaran fasa merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi.
  • mingu pertama dan kedua: pengkaji membuat pemerhatian kepada subjek dan merancang tindakan yang perlu diambil.
  • minggu ketiga: pengkaji memulakan tindakan yang pertama iaitu menggunakan nasihat dan teguran.
  • minggu keempat: pengkaji menggunakan pendekatan penggunaan radio.
  • minggu kelima: pengkaji menggunakan pendekatan penggunaan alatan muzik.
  • minggu keenam: pengkaji menggunkan pendekatan dendaan (pengasingan subjek daripada rakan)
  • minggu ketujuh: refleksi dan penilaian
3.Pengumpulan dan analisis data
  • data dikumpulkan melalui pemerhatian kekerapan subjek melakukan perlakuan negatif dari pukul 7.20 hingga 10.20 pagi.
  • temubual daripada rakan-rakan subjek dan guru-guru
4. Implikasi kajian
  • perlakuan negatif subjek dapat dikurangkan melalui pendekatan dendaan.
  • melalui pendekatan penggunaan radio dan alat muzik, subjek akan mengulangi perlakuan negatifnya sekiranya penggunaan radio dan alat muzik dihentikan.
  • pendekatan nasihat dan teguran tidak berjaya mengurangkan perlakuan negatif subjek.
5. Apa yang dipelajari daripada kajian ini.
  • kajian tindakan bukan sahaja digunakan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar, namun ia boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul di sekolah
  • menjadikan guru lebih kreatif

Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN KELAS: kenapa guru perlu membuat kajian tindakan

mengapa seorang guru perlu melakukan kajian tindakan???

1. untuk memperbaiki kaedah pengajaran bagi memastikan pelajar dapat membina pengetahuan dalam setiap pembelajaran di dalam kelas (pembelajaran bermakna).

2. mengubahsuai dan menguji kaedah-kaedah pengajaran yang dicadangkan pada kajian lepas ke dalam topik pembelajaran yang lain.

3. menjadikan guru lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam mencari kaedah yang sesuai untuk memperbaiki sistem pendidikan negara

4. menjadikan pelajar lebih berminat dengan pembelajaran di dalam kelas

5. meningkatkan kualiti modal insan agar ianya seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

6. merapatkan jurang pendidikan

7. memperbaiki amalan dalam sistem pendidikan bersesuaian dengan peredaran masa secara teori dan praktikal

8. menggalakkan guru menjadi pengkaji atau penyelidik sepanjang masa

9. membantu untuk mengurangkan atau mengatasi masalah disiplin pelajar yang dihadapi di sekolah

10. guru lebih proaktif dalam mencari penyelesaian masalah